Ahad, 23 November 2008

SELAMAT BERCUTI.....

Alhamdulillah setelah hampir enam bulan kite berhempas pulas dengan buku pelajran, kini tibalah masenya untuk kita releasekan tension dengan menikmati nikmat percutin.. di sini puhak kami ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua Exrahmaniah di USIM ( PERDAUSI) semoaga kalian dalam keadaan hepy sokmo.. kulllu am wantum be kheir. Kepada yang xdapat cuti.. sabor je laaa

Ahad, 16 November 2008

PANORAMA USIM

BubbleShare: Share photos - Find great Clip Art Images.

CIRI-CIRI KEUNGGULAN MUSLIM.

Islam itu indah,memang indah .. tetapi adakah penganutnya di akhir-akhir zaman ini seindah islam, seindah akhlak rasulnya ??
Post Kali ini PERDAUSI ingin menyingkap ciri-ciri penting yang menjadikan seseorang muslim itu unggul. secara umumnya sesorang muslim itu unggul sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut :

1. keimanan Yang Utuh
Keimanan kepada Allah S.W.T. adalah paksi pembinaan negara dan ummah. Dengan keimanan itu akan lahirlah individu yang unggul dan msyarakat yang berbudi, berdisiplin dan beramanah demi kebaikan dunia dan akhirat. Allah berfirman dalam surah al-asr bermaksud:

" demi masa sesunnguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran " (al-asr ayat 1-3)

2. perlaksanaan Amal Ibadat

Keiamanan tanpa ketaatan melaui amal ibadat adalah satu perbuatan yang sia-sia. Seseorang yang berperibadi unggul akan tergambar jelas keimanannya melalui amal perbuatan dalam kehidupan sehariannya. Bahkan jika dikaji tujuan Allah menjadikan manusia itu sendiri dalah untuk beribadat kepadanya , Allah berfirman :
" tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan unutk beribadat kepadaku" ( surah Az-Zariat: 56)

3. Akhlak Mulia

Akhlak mulia bagi peribadi unggul adalah hasil keimanan yang kental. ini disebabkan tali ikatan yang menjalinkan hubungan antara individu dengan masyarakat terbentuk melalui nilai-nilai dan disiplin yang diamalkan oleh anggota masyakat tersebut. Dalam Hadith Baginda SAW bersabda bermaksud:
" sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"( Riwayat Ahmad).

Beberapa nilai-nilai yang baik dalam akhlak islam yang menjadi tonggak amalan bagi melahirkan individu yang unggul ialah:

a) Amanah
Amanah adalah sifat mulia yang messti diamalkan oleh setiap orang.Ia asas ketahanan ummat, kestabilan negara, kekuasaan, kehormatan dan roh kepada keadilan. Firman Allah SWT;

" Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akan amanahnya dan bertakwalah kepada Allah, tuhannya". ( surah al-baqarah: 283)

b) Ikhlas
ikhlas adalah inti setiap ibadah dan perbuatan . FIrman allah yang bermaksud:
" padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya" ( surah Al-bayyinah: 5)

c) Tekun
islam menggalakkan ummatnya supaya tekun apabila melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai dan berjaya, Sabda Rasulullah saw:
" sesungguhnya allah menyukai apabila seseorang kamu berkerja dia melakukan dengan tekun" ( riwayat Abu Daud)

d) berdisiplin
berdisiplin dalam menjalankan sesuatu kerja akan dapat menghasilkan mutu kerja yang cemerlang . Hasrat negara unutk maju akan dicapai dengan lebih cepat lagi.

e) Bersyukur
bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku melalui dua keadaan:

pertama: sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan samada sedikit atau banyak.
kedua : bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada allah SWT supaya kebajikan sentisa dibalas.

f) sabar
di dalam menghadapi cabaran hidup kesabaran amat penting untuk mementuk peribadi unggul sepaerti yang dikehendaki Allah SWT , Firman Allah SWT bermaksud :
" wahai orang-orang yang beriman bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan)dan kuatkanlah kesabaran kamu( lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan ) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertkwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya" (surah Ali -Imran: 200)

g) Adil
maksudnya meletakkan sesuatu pada tempatnya. Para ulamak membahagikan adil kepada beberapa peringkat iaitu , dil terhadap diri sendiri, orang bawahan , pemimpin atasn dan sesame saudara. Sabda Rasulullah bermaksud:

"tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah ketika bersendirian dan dikhalayak ramai, berlaku adil ketika suka dan marah dan berjimat cermat ketika susah dan senang; dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu,terlampau bahil dan takabbur dengan dirinya sendiri " ( Riwayat Abu Syeikh).

Jumaat, 14 November 2008

MAKLUMAN..

Perdausi akan mengadakan Rehlah mahabbah ke Pantai telok kemang PD pada 15 hb nov 2008. dijempaut kepada semua yang ada kelapangan waktu untuk menyertai Rehlah tersebut....

PEMANDANGAN DARI TINGKAT 4 BANGUNAN CANSELORI USIM

BubbleShare: Share photos - Play some Online Games.

Selasa, 11 November 2008

ارجوا عليكم; ...... نحن نحتاج على مساهمتكم

Salam .... kepada sahabat-sahabat ex-rahmaniah di sini pihak kami amat2 mengharapkan kerjasama dan sokongan antum semua bagi memantapkan lagi blog ini. blog ini adalah milik kita bersama sepanjang tempoh pengajian di sini,so kalu ada sebarang maklumat atau artikel-artikel menarik untuk dikongsi bersama. sila emelkan ke blogger blog ni. blog ini masih lagi dalam penyelenggraan dan masih byk lagi kekurangan dan kelemahan, segala kelemahan dan kekurangan akan kami perbaiki dari masa ke semasa, sekarang ini pihak kami akan cuba upgarade dari masa ke semasa.

Isnin, 10 November 2008

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM STPM

Buat adik-adik tingkatan 5 dan 6 ats MARA ( Maahad Rahmaniah Kuala Krai) yang bakal menduduki dua peperiksaan penting SPM dan STPM .. Lakukan yang terbaik bagi meneruskan kesinambungan kecemerlangan MARA .. andalah penentu segalanya. kami sentiasa mendambakan kehadiran kalian ke sini, semoga lebih ramai lagi warga MARA di USIM...

Reunion ex-rahmniah


Alahamdulillah Syukur, julung-julung kalinye rakan-rakan bekas pelajar maahad rahmaniah bath spm 2004 telah berjaya menganjurkan iftor jamaie di kolej kediaman Camelia court USIM,ia dihadiri oleh lebih kurang 30 orang bekas pelajar, yang rata-ratanya masih lagi menutut di IPT, dari UIA,UITM,UKM, Politeknik dan sebagainye. diharap perhimpunan seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang ..insyaallah.

SELAMAT MENDUDUKI FINAL EXAM.....


Buat semua rakan-rakan selamat menempuhi peperiksaan final ,semoga dapat menempuhinye dengan jayanya<>

Ahad, 9 November 2008

salam permulaan

slam sejahtera buat semua.
untuk pengetahuan umum blog ini adalah khas daripada bekas pelajar maahad rahmaniah kuala krai yang sedang menuntut di USIM ( Universiti Sains Islam Malaysia ),di dalam blog ini kami akan memaparkan segala aktiviti dan segala perkhabaran untuk makluman semua, jikalau terdapat segala kekurangan dari pihak kami dalam pembikinan blog ini harap dimaafkan, maklumlah kita hamba-Nya tidak boleh lari dari kelemahan..wassalam

DOA HARI INI



DOA MOHON KEDUDUKAN YANG BAIK
رَبِّ أَدْخِلْنِى مَدْخَلَ صِدْقٍ وَاخْرُجْنِى مخَََْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِى مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرً Ya tuhanku, masukkanlah aku secara yang benar dan keluarkanlah aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku kekuasaan yang menolong( Al-Isra’: