Selasa, 29 Disember 2009

HAKIKAT CINTA MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM



Assalamua'laikum sahabat sahabiah,

Mari kita renungkan suasana persekitaran kita pada hari ini. Pelbagai karenah manusia dapat kita saksikan. Atas kepelbagaian karenah ini maka timbullah juga kepelbagaian gejala yang kurang sihat bahkan banyak yang bertentangan dengan syariat Islam. Bermaharajalelanya pelbagai masalah ini sudah menjadi suatu aktiviti rutin persekitaran kita. Bahkan ada segolongan menganggap perkara ini suatu yang bersifat 'harus' dilakukan atau dengan kata lain seri persekitaran ini akan hilang tanpa adanya perkara sedemikian.

Amatlah ditakuti sekiranya pemikiran-pemikran sebegini terus berleluasa sehingga suatu masa nanti ada yang bakal mengatakan ianya tidak bertentangan dengan Islam. Apa yang paling menyedihkan dan menduka-citakan lagi kebanyakkan 'pelakon-pelakon' ini terdiri dari kalangan yang mengaku diri mereka 'muslim'.

Apa yang cuba diketengahkan dalam tulisan ini ialah sebahagian daripada kerosakan yang terdapat dalam alam persekitaran kita dan khususnya ruang di mana kita berada pada hari ini. Samada suka atau tidak, apa yang dapat kita saksikan pada hari ini, remaja sudah tergiur dek keenakkan hidangan dunia sehingga tidak sedar ianya membahayakan. Salah satu permasalahan yang sering kita temui dan sudah menjadi suatu 'trend' bagi golongan remaja ialah 'percintaan'. Telah banyak kisah yang terdengar dibalik kalimah indah ini termasuklah keributan, keresahan, kerosakan dan kebejatan masyarakat yang timbul sehingga kadang kala ada yang rela nyawanya melayang atau rela akidahnya tergadai hanya kerana kalimah nan indah ini. Apa yang jelas dan pasti fenomena percintaan ini banyak kita jumpai dalam masyarakat kita.

Persoalannya, adakah Islam mempunyai ruang kebenaran untuk 'bercinta-cintaan' mengikut konsep muktahir yang dipegang oleh masyarakat kita ? Mari kita kembali kepada fakta utama yang menimbulkan permasalahan ini. Dari kajian secara dalam dan menyeluruh(al-fikrul al-mustanir) terhadap realiti (waqi’ dapat dibuktikan bahawa pergaulan bebas adalah benih dari segala permasalahan di atas. Bagaimana pula pergaulan bebas ini boleh berlaku ?. Jawapan bagi soalan ini seratus peratus berpunca dari sistem yang kita agungkan pada hari ini iaitu sistem kapitalisme. Samada kita sedar atau tidak, kita telah lama meninggalkan nidzamul ijtima'i secara Islami yang seharusnya menjadi landasan kita dalam menguruskan kehidupan ini dan bukannya sistem yang tempang ! Mengapa pula terjadinya jalinan kasih-sayang terhadap insan lawan jantina ? Kecenderungan menyukai insan yang berlawanan jantina dengan kita adalah satu fitrah manusia yang mempunyai gharizah Al-nau' (naluri untuk mengadakan keturunan). Islam mengakui akan hal ini oleh itu Allah, Sang Pencipta yang berkuasa telah menggariskan beberapa peraturan untuk memenuhi gharizah ini.

Jalinan hubungan kasih sayang dalam konsep percintaan pada kondisi hari ini berlaku antara dua manusia lawan jenis disebabkan oleh standard (piawai) yang mereka gunakan untuk mengukur setiap perbuatan yang mereka lakukan bukan berdasarkan aqidah Islam dan konsep pergaulan yang mereka gunakan bukannya berdasar dari aqidah Islam. Oleh sebab itu, bagi mereka pendidikan seks adalah penyelesaian bagi mereka. Maka dari kajian realiti akan faktor yang mendorong kewujudan percintaan muktahir ini maka muncul pemahaman bahwa percintaan haram hukumnya. Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mempunyai suatu standara tindak laku (miqyasul a'mal) yang jelas dalam melakukan sesuatu perbuatan yakni berdasarkan hukum syara' (Al-Quran dan Sunnah). Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Janganlah sekali-kali berdua-duaan antara seorang lelaki dan seorang perempuan atau berpergian dengannya melainkan disertai muhrimnya" [Al-Hadith]

Sabda baginda lagi:-

"Sungguh aku (Rasulullah) benar-benar mengetahui beberapa umatku, datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar perbuktian (yang nampak putih) lalu Allah menjadikannya berhamburan/berkecai sia-sia. Tsauban bertanya : Ya, Rasulullah jelaskan kepada kami sifat-sifat mereka, kerana kami khuatir termasuk seperti mereka sedang kami tiada menyedarinya. Jawab Rasulullah: Mereka adalah saudaramu yang melakukan ibadah di malam hari, tapi apabila mereka bersunyi-sunyi dengan yang diharamkan oleh Allah, mereka mengganggu kehormatannya" [Al-Hadith]

Dari kedua hadith tersebut maka sudah jelas pergaulan bebas antara lawan jenis walau apapun namanya termasuk 'adik angkat' tetap haram hukumnya. Juga dari hadith-hadith lain kita dapat menyemak bahawa para sahabat pada ketika itu sangat kuat keterikatannya terhadap hukum Islam, contohnya apabila disampaikan hal seperti hadith kedua tadi para sahabat akan segera bertanya kerana mereka khuatir mereka pernah melakukan perkara yang tidak sesuai dengan Islam tanpa disedari dan apabila telah dijelaskan mereka segera meninggalkan atau melaksanakan apa yang dituntut oleh Islam. Dari sinilah dapat dilihat bahawa kayu ukur bagi tindakan mereka adalah aqidah Islam yang tulen. Tapi, masihkah wujud keadaan demikian pada hari ini ? Adakah kita menjadikan aqidah Islam sebagai kayu ukur bagi tiap tindakan kita atau kita akan melakukan sesuatu itu berdasarkan manfaat yang bakal kita perolehi.

Apa yang nyata pada zaman perkembangan teknologi ini, segolongan para remaja muslim yang seharusnya mengikatkan diri mereka dengan aturan Islam memberikan reaksi yang sebaliknya apabila disampaikan bahwa percintaan/pacaran haram. Mereka tidak bersetuju dengan apa yang disampaikan kerana mereka akan kehilangan 'manfaat' atau keindahan 'cinta' pada pandangan mereka. Kenapa ini terjadi ? Ini disebabkan oleh kedangkalan pemikiran mereka terhadap Islam dan menyebabkan remaja muslim terpesong dari jalur Islam samada disedari atau tidak kerana mereka sering beranggapan percintaan itu dibolehkan dalam Islam bahkan dianjurkan.

Telah banyak kita dengar atau terbaca akan pengertian percintaan. Maka ada dua kemungkinan pengertian mengenai pacaran:-

• Perasaan seorang lelaki ingin mencintai perempuan atau sebaliknya.

• Dua insan yang lawan jenis yang saling mencintai.

Perlu diingat, kita seharusnya dapat membezakan kedua-dua pengertian di atas. Pengertian yang pertama di atas yakni perasaan untuk mencintai insan lawan jenis adalah masalah yang mendasar yang mempunyai kaitan erat dengan fitrah /kudrat manusia seperti yang telah dijelaskan seawal penulisan ini. Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya-menyukai kaum berlawanan jenis) atau dikenali dengan gharizah Al-Nau'. Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa' (naluri untuk meneruskan kehidupan/mempertahankan), gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah/beragama) dan gharizah Al-Nau'. Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam. Firman Allah:

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berupa kecintaan pada apa yang diingini, yakni wanita…" [Ali-Imran: 14]

Persoalan berhubung bagaimana untuk meneruskan perasaan cinta itu adalah hak Islam(Allah) untuk mengaturnya. Sedangkan pengertian yang kedua pula berkaitan dengan pengungkapan dan perasaan cinta itu dengan berdua-duaan, saling berboncengan, saling berpandangan kemudian melangkah setapak lagi dengan berpegangan tangan dan yang paling kronis lagi berani berciuman dan sanggup menyerahkan ‘segalanya’ demi cinta mereka. Inilah yang haram menurut Islam. Islam sebagai satu sistem hidup/Ideologi/Mabda'/Deen yang lengkap telah mengatur pergaulan antara kaum yang berlainan jantina. Islam memerintahkan seorang lelaki atau perempuan agar menundukkan pandangan mereka (bukan bererti harus memalingkan muka atau tunduk) tetapi tunduk dalam erti kata menahan pandangan yang disertai syahwat, seperti firman Allah:

"Suruhlah orang-orang yang beriman menundukkan pandangannya dan memelihara kehormatannya…" [An-Nur : 31]


"Dan suruhlah wanita-wanita mukmin menundukkan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mempamerkan kecantikannya kecuali bahagian badan yang boleh kelihatan (muka dan telapak tangan) dan supaya menutup dadanya dengan kerudung(khimar)..."[ An Nur 31]


Dua kalimat perintah di atas menjelaskan di samping untuk menahan pandangan antara lelaki dan perempuan turut diperintahkan untuk menutup aurat baik lelaki atau perempuan. Memang tidak dinafikan sehingga hari ini masih ada golongan yang beranggapan bahawa memakai jilbab(pakaian labuh) dan khimar(tudung) merupakan satu perkara yang tidak moden atau ketinggalan zaman. Padahal perlu ditegaskan bahawa seorang muslimah selamanya akan berdosa jika tidak mengenakan jilbab dan khimar yakni menutup seluruh anggota tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Adalah silap seandainya kita beranggapan berjilbab dan khimar itu sudah memadai tetapi sekiranya berpakaian ketat atau yang menampakkan lekuk tubuhnya sehingga boleh menimbulkan syahwat bagi yang memandangnya masih dikira tidak menutup aurat. Begitu juga seorang lelaki wajib menutup auratnya yang sebatas pusat dan lutut dan tidak boleh dilihat oleh orang lain kecuali muhrimnya. Juga selamanya seorang muslim akan terus berada dalam keadaan berdosa selama dia masih berada di bawah naungan 'percintaan'. Jadi di samping kita faham mengapa percintaan itu haram kita juga harus faham bahawa menutup aurat itu wajip hukumnya. Lalu ada yang berdalih bahawa untuk memahami calon suami atau isteri kita harus banyak bergaul (pacaran). Pernyataan ini dan yang seumpamanya merupakan pernyataan yang dibuat-buat dan hanya sebagai dalih untuk mengatakan percintaan itu dibenarkan dalam Islam. Adakah hanya dengan jalan ini sahajakah kita dapat memahami peribadi seseorang ?

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini Islam itu suatu mabda' yang lengkap. Dalam Islam ikatan antara lelaki dan perempuan hanya ada dua iaitu pinang/tunang(khitbah) dan nikah. Jadi persoalan untuk memahami peribadi seseorang yang kita sukai itu boleh ditanyakan kepadanya(wanita) dengan niat yang benar-benar kuat untuk menikahinya. Akan tetapi wanita tetap harus disertai muhrimnya. Jadi, sekiranya alasan kerana tidak saling kenal mengenali peribadi yang disebabkan tiadanya proses percintaan akan menimbulkan salah faham atau seumpamanya, maka alasan tersebut merupakan alasan yang dicari-cari.


Meminang adalah cara Islam untuk suatu pernikahan. Menikah tidak dilakukan begitu sahaja tanpa fikir panjang, ada cara untuk mewujudkan dan meyempurnakan dengan meminang . Islam membolehkan orang yang meminang melihat yang dipinang dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Islam. Tetapi meminang itu sendiri bukanlah bererti sudah separuh rasmi sebagai suami-isteri atau sebagai lesen untuk melakukan perkara-perkara yang boleh dilakukan seperti pasangan suami-isteri atau bebas diheret ke sana- sini tanpa mengenal batas. Berhubung dengan tindakan melihat wanita yang dipinang, Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada salah seorang sahabatnya iaitu Mughirah ibn Syu'bah:-

"Pergilah dan lihatlah dia (calon isteri) kerana itu pantas agar menjadi dasar atau pedoman bagi kalian berdua" [Sunan Ibnu Majah, juz 1 hal 599]

Kesimpulannya, tidak ada ruang atau kebenaran yang menghalalkan proses percintaan apatah lagi dengan konsep percintaan mukhtahir ini. Sekali haram yang dikatakan dalam syara' maka selamanya haram. Hukum Islam tidak akan berubah disebabkan oleh perubahan waktu dan keadaan. Banyaknya perceraian bukanlah suatu hal yang boleh menghalalkan proses percintaan itu. Ianya tetap haram. Penulisan ini diakhiri dengan suatu pertanyaan yang memerlukan jawapan ikhlas seikhlas-ikhlasnya, sudahkah kita sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan rasulNya mengikat diri kita dengan aturan Allah.

BUAT SEMUA ALUMNI MAAHAD RAHMANIAH

Usaha menjejaki bekas-bekas pelajar rahmaniah krai kepada
email;mrahmaniah@gmail.com
sila nyatakan

a) nama
b) alamat
c) universiti
d) pekerjaan
e) no . tel

# kerjasama pihak tuan/puan adiharapkan untuk sama-sama membangunkan rahmaniahkrai.

* rahmaniahkrai kini memerlukan sumbangan untuk membina asrama puteri.

maklumat lanjut sila ke http://rahmaniahkrai.blogspot.com/2009/12/alumni-rahmaniahkrai.html

TAHNIAH


TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LULUS CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN FINAL SEMSETER LEPAS TERUTAMANYA BUAT BEKAS PELAJAR RAHMANIAH DI USIM BATH INTAKE 2007/2008.


DIKHABARKAN RAMAI DI ANTARA KITA YANG TERSENARAI DALAM ANUGERAH KECEMERLANGAN DEKAN ( CGPS 3.6O KEATAS ) DALAM FINAL EXAM SEMSETER LEPAS, NOR ELYANA, FADHILAH, DAN RAKAN-RAKAN. SEMOGA ANTUM TERUS CEMERLANG.


TERUSKAN PERJUANGAN .. KEPADA YANG TIDAK BERJAYA LIPAT GANDAKAN LAGI USAHA ANDA. SEMOGA KITA SEMUA TERUS MENJADI CONTOH TERBAIK BUAT ADIK-ADIK YANG MASIH DI BANGKU MAAHAD RAHMANIAH KERANA KITA SEMUA ADALAH DUTA MAAHAD RAHMANIAH DI USIM...

Rabu, 5 Ogos 2009

IFTOR JAMIAI'E
















Sebarang pertanyaan sila coll : Bro Khalis 0179791621
untuk pembayaran : Muslimin kepada Bro Hadi @ Bro Salika
Muslimat kepada Sis Aishah Hamid

AYUH KITA SAMA-SAMA MEMERIAHKANNYA.. DI USIM ADA 70 ORG RAKAN-RAKAN EX-RAHMANIAH..KALAU SUME DAPAT TURUN ..MERIAH SUNGGOH NI

Sabtu, 25 Julai 2009

IHYA' RAMADHAN 1 : RAMADHAN BULAN MENILAI KEIMANAN




RAMADAN adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh orang soleh. Bulan yang disebut oleh Rasulullah sebagai ‘bulan umatku’, satu-satunya umat yang dikurniakan dengan bulan mulia dalam sejarah kewujudan manusia.

Kaum nabi terdahulu tidak pernah dikurnia Allah dengan mana-mana bulan mulia. Bukan saja Ramadan itu, mengandungi seribu rahmat, malah menunggu-nunggu datangnya pun adalah rahmat Ilahi. Ini seperti sabda Rasulullah, maksudnya: “Sesiapa yang bergembira dengan datangnya Ramadan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka.” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Sebagai mana pintu syurga dibuka pada Ramadan, pintu keberkatan, kebaikan, pintu kasih-sayang, kemaafan, hidayah dan petunjuk juga terbuka.

Pintu neraka tertutup rapat, sebagaimana jalan ke neraka juga tersekat. Jalan ke syurga terbentang luas, hingga Rasulullah sendiri menjelaskan dalam sabdanya: “Tidur orang yang berpuasa pada bulan puasa adalah ibadat, diamnya adalah tasbih, manakala ibadatnya dilipatgandakan pahalanya oleh Allah.”

Ramadan adalah bulan kerehatan dan kelapangan daripada segala hiruk pikuk dan kesibukan dunia. Bulan kita berhenti sebentar daripada keserabutan kejar-mengejar di pentas dunia, untuk melihat ke dalam diri sendiri terhadap cebis iman yang masih tinggal serta dosa pahala yang pernah diperbuat selama setahun.

Justeru, kita dianjurkan agar meningkatkan keimanan.

Keempat-empat komponen kewujudan manusia hendaklah diperkukuhkan dengan neraca iman. Tubuh badan bertambah taat, roh makin bercahaya, akal penuh bijaksana dan nafsu bak air tasik tenang tidak berkocak.

Berhenti sebentar berfikir dengan rasional status perhubungan kita dengan Allah selama ini, ketaatan kepada Rasulullah serta apa yang dibuat untuk agama, bangsa, negara, ibu bapa, keluarga, jiran tetangga dan diri sendiri?

Rasulullah bersabda: “Sesiapa saja yang berpuasa pada Ramadan dengan penuh iman dan menghisab diri sendiri akan diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Bagi mereka yang mencari kebaikan Ramadan, pelbagai peluang diberikan. Malah, bagi mereka yang belum mampu mengerjakan haji, sama ada kerana masalah kewangan, kekurangan ilmu atau belum dapat kuota mengerjakannya, dia boleh saja sekurang-kurang mengerjakan umrah pada Ramadan.

Seperti kisah yang diceritakan Ibnu Abbas bahawa Rasulullah pernah bertanya kepada seorang wanita dari kaum Ansar, baginda bersabda: “Apakah yang menghalang kamu daripada mengerjakan ibadat haji bersamaku?

“Wanita itu menjawab: Sebenarnya tidak ada halangan bagi kami, cuma kami hanya mempunyai dua unta. Suami dan anakku sudah pergi mengerjakan haji dengan seekor unta. Tinggallah kepada kami seekor unta untuk mengangkat air.

“Rasulullah bersabda: Apabila tiba Ramadan pergilah mengerjakan umrah kerana mengerjakan umrah pada bulan itu pahalanya sama dengan pahala mengerjakan haji.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Begitu juga pada malam Ramadan, peluang terbuka luas untuk menghidupkan malamnya dengan mendirikan solat Tarawih, Saidina Abu Hurairah ada menjelaskan bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang mendirikan sembahyang malam pada Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Walaupun Ramadan bulan kerehatan,namun ia bukanlah bulan untuk bermalas-malasan, menjadikan orang Islam tidak produktif atau menjadikan alasan berpuasa untuk tidak membereskan sebarang pekerjaan.

Sepatutnya pada Ramadan, umat Islam bertambah cergas, kuat kerja, aktif dan lebih kuat semangat. Ini kerana setiap tanggungjawab yang dibereskan pasti mendapat ganjaran berlipat ganda.

Ramadan juga adalah bulan kemurahan, murah hati dengan mengeluarkan zakat dan sedekah. Namun, Ramadan bukan bulan pembaziran dan menambah daya nafsu serakah. Bulan ini kita berkongsi kebaikan, pahala dan keberkatannya. Jangan sampai dikatakan orang ‘awak sajakah yang hendak buat pahala’? Ini pernah berlaku seorang yang mengaji al-Quran dengan pembesar suara masjid dihidupkan, sampai dinihari masih belum berhenti. Jiran tidak boleh tidur, sedangkan esok semua orang hendak bekerja, yang tidur siang dia seorang.

Selasa, 21 Julai 2009

H1N1 , BALA DAN KEINGKARAN ORANG AGAMA TEGUR KEMUNGKARAN - TOK GURU NIK AZIZ

KOTA BHARU, 5 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkiaskan, virus H1N1 yang semakin serius melanda negara hari ini adalah satu bala atas kemungkaran yang berlaku.

Bala ini katanya akan datang tidak mengira samada di kawasan itu ada golongan agama atau sebaliknya, semuanya akan ditimpa.

Lebih-lebih lagi apabila ada golongan agama yang 'membisu' yang tidak mahu menegur atau menasihati kemungkaran yang berlaku, ujarnya sinis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini virus H1N1 yang melanda negara yang kini menyebabkan 12 kematian.

Beliau ditemui di pengkalan kapal, Pengkalan Kubor sebaik menyambut ketibaan delegasi MISI ROYALTI 2009 yang membuat pelayaran ke Pelantar Minyak Cakrawala, sempadan Malaysia Thailand 4 hingga 5 Ogos.Misi itu dikepalai Exco Kanan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.

Bercakap lanjut mengenai isu H1N1, Tok Guru bagaimanapun berharap semua pihak berdoa kepada yang Pencipta selain berusaha dengan kaedah perubatan.

Beliau turut mahu semua pihak berganding bahu bagi mengatasi kemelut ini, kerajaan pusat, rakyat mahupun kerajaan-kerajaan negeri.

"Kita kena serah kepada Allah, bala ini bila mari(datang) dia jangan kata tak ada kena mengena dengan tuhan, alim ulama sebut ia akan kena termasuk kepada orang baik, kerana apa mungkin kerana dia tidak nasihaa dan tak tazkirah.

"Oleh itu kita kena kerjasama semua sekali, rakyat mahupun kerajaan kena bekerjasama, jika tidak habis kena bala, bumi ini tuhan punya, justeru kita tidak boleh buat pandai-pandai," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan terkini, seorang lagi kanak-kanak, berusia enam tahun, meninggal dunia 2.30 pagi ini di Hospital Batu Pahat akibat wabak selesema babi A (H1N1), menjadikan jumlah seluruhnya 12 orang meninggal dunia di seluruh negara sejak dua minggu lalu.

Dua korban terbaru wabak tersebut yang dilaporkan sebelumnya terjadi di Melaka.

Seorang lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun dari negeri itu - masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang - menjadi korban terbaru kes selepas kematian kanak-kanak tiga tahun disahkan akibat virus tersebut.

Mangsa kesembilan Iffah Syazwina Samsuddin dilaporkan meninggal dunia pada 4.30 petang semalam di Hospital Melaka.

Korban kelapan membabitkan seorang guru 51 tahun dari Kuala Selangor yang meninggal dunia Ahad lalu. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai.

Setakat ini, 1,476 kes selesema A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara, termasuk 16 kes terbaru termasuk kematian tersebut.

Korban ketujuh, ibu 24 tahun dari Miri, Sarawak yang baru melahirkan anak sulungnya dua minggu lalu meninggal dunia Ahad lepas. Anaknya bagaimanapun dilaporkan selamat.

Keenam, murid lelaki berusia 11 tahun dari Johor Bahru meninggal akibat komplikasi, 2 Ogos lalu.

Kelima, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Perak meninggal dunia Jumaat lalu.

Pada 28 Julai lalu, wanita berusia 20 tahun dari Melaka meninggal dunia akibat pneumonia teruk yang dijangkiti dari persekitaran.

Sehari sebelumnya, seorang lelaki berusia 42 tahun mati akibat wabak itu setelah disahkan menghidap selesema A (H1N1).

Si mati yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal akibat pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan.

Korban kedua wabak itu di negara ini, lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di hospital swasta di Subang Jaya, 26 Julai.

Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari di unit rawatan rapi.

Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1)./wann_

- HARAKAHDAILY.NET

MENG "UPLOAD“ GAMBAR BAGI WANITA…

"Dunia semakin canggih, segalanya hanya di hujung jari. Klik saja terus dapat. Bercerita tentang aktiviti meng'upload' gambar pada laman-laman tertentu seperti Friendster, Myspace, Facebook, Blog dan lain-lain dilihat kini menjadi perkara biasa sahaja terutama dikalangan wanita yang bergelar muslimah.

Gambar-gambar yang di'upload' itu disertai dengan bermacam-macam ragam, aksi (aksi yang paling popular adalah 'peace' dengan dua jari) dan gaya 'posing' yang berbagai sehingga ada gambar-gambar yang di'upload' menampakkan kesan-kesan jerawat yang ada di muka

Terbit rasa hairan di dalam hati ini, di manakah perginya rasa segan mereka? Tidakkah terbit rasa malu di hati mereka? Malu adalah merupakan lambang keimanan...

Berbagai kemungkinan yang menjadi tujuan utama mereka meng'upload' gambar-gambar pada laman-laman tertentu seperti gambar tersebut adalah untuk tontonan umum sebagai menceritakan perkara-perkara yang telah berlaku dengan gambar seperti menyambut hari lahir, hari raya dan pergi melancong. Kemungkinan juga tujuannya adalah supaya orang yang tidak mengenali mereka boleh mengenali dengan gambar dan mungkin juga sebagai tontonan untuk mereka yang sudah kenal serta boleh melihat gambar selalu.

Mungkin juga mereka ingin mempertontonkan kepada umum kecantikan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Ada golongan yang mem'private'kan album gambar mereka dan hanya boleh ditonton oleh orang-orang tertentu sahaja(jawapan ada dibawah). Berbagai kemungkinan, segalanya bergantung kepada tujuan dan niat masing-masing.

Tidakkah kalian merasa gambar kalian adalah sangat berharga? Adakah wajah kalian yang cantik itu dicipta hanya untuk tontonan umun? Tidak salah rasanya jika ada yang menyatakan bahawa ramai yang bangga meletakkan gambar dengan niat mahu mempertontonkan kecantikan yangg telah dikurniakan Allah kepadanya. Sanggupkah kalian menjadikan wajah yang cantik itu untuk memerangkap kaum lelaki, menggoyahkan iman kaum lelaki dan seterusnya mampu meruntuhkan iman kaum lelaki yang melihat gambar tersebut?

Sanggupkah kalian menjadikan gambar dan diri kalian menjadi bahan umpatan bagi kaum lelaki? Tentu kalian tidak tahu apa yang mereka bualkan di belakang, jika kalian tahu sudah tentu kalian akan 'cuak' untuk meng'upload' gambar.

Dunia hari ini semakin canggih sehingga kita tidak mampu untuk mengejar satu persatu kelajuan perkembangan teknologi. Perlu kalian ingat bahawa hanya dengan 'klik' pada butang tetikus sahaja gambar kalian akan ter'save' secara automatik dan dimuat turun ke mana-mana komputer sahaja.

Bagi kes mereka yang mem'private'kan album gambar, perlu diketahui bahawa orang lain mungkin tidak mampu untuk memecah masuk ke album 'private' anda tetapi perlu kita ingat bahawa 'owner'(pemilik) laman tersebut senang sahaja melihat gambar-gambar 'private' kalian. Perlu kalian tahu bahawa selain pemilik laman tersebut, mungkin ada dikalangan 'hackers' yang mampu memecah masuk ke album-album peribadi kalian. 'INGAT', dengan segala kecanggihan yang ada kini dengan mudah sahaja gambar-gambar kalian di'edit' oleh mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan Superimpose Photo, Photoshop, Fireworks dan lain-lain.

Jangan kalian terkejut sekiranya gambar-gambar kalian terpampang pada skrin laman-laman yang tidak sepatutnya kerana hanya satu kesilapan sahaja. Adakah ketika itu kalian mampu lagi berbangga? Apa yang mampu anda lakukan ketika itu adalah hanya merintih tak tentu pasal sahaja atas kesilapan yg dilakukan oleh kalian sendiri.

Perlu ambo tekankan di sini bahawa ambo bukanlah musuh-musuh kalian semua, bukan mahu mengaibkan atau menghentam kalian semua tetapi ambo adalah saudara seislam kalian yang hanya mahu mengingatkan diri ini sendiri dan kalian semua agar gambar-gambar kita tidak dieksploitasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Jika kita perasan, laman di atas kadangkala mencerita perkara yang langsung tidak ada kena mengena dengan gambar yang dipamerkan. Semoga kita memelihara diri dan maruah kita daripada dicemari oleh manusia yang tidak berakhlak.Kadang-kadang kita hendak menasihati orang supaya jangan meletakkan gambar dengan sewenang-wenangnya pada laman friendster, myspace, facebook, blog dan lain-lain tetapi seolah-olah macam tak makan saman.

Nanti kata "ala..ape salahnye..". Tapi kalau tak peduli kena eksploitasi..terpulanglah pada diri masing-masing. Kalau nak letak sangat gambar, sila fikirkan bagaimana keadaan gambar itu supaya tak dieksploitasi seperti yang ada dalam laman di atas. Apa-apa pun, marilah sama-sama kita menjaga pandangan kita.

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". - An-Nuur:

By:
sayyid al-yahya
Tranungkite

Ahad, 19 Julai 2009

ANTARA SUPERSTAR DAN SEORANG SYAHIDAH







Setelah sepi tanpa catatan peribadi hari ini terasa gatal tangan saya untuk menekan keyboard laptop buruk saya ini,untuk meluangkan sedikit masa untuk memenuhi ruangan blog Pelajar Rahmaniah di USIM ( PERDAUSI )ini, untuk mengupas perbezaan antara dua peristiwa yang berlaku di dunia barat baru-baru ini, iaitu peristiwa pemakaman Superstar ( MJ) yang ditemui mati mengejut di dalam rumahnya, sebelum ia sempat menjayakan konsertnya menjelajah Eropah yang di jadualkan tidak lama lagi, dan peristiwa Syahidah Syahidah Islam( Marwa El sahrbini ) yang kembali ke Rahmatullahdibunuh dengan dengan penuh tragis oleh seorang warga jerman yang berketurunan Rusia yang anti – Islam. lelaki tersebut cuba menghidupkan semula Islamophobia di Barat, persoalan Islam atau tidak Islam MJ masih lagi menjadi perdebatan hangat kini, namun ketika ini saya tidak mempunyai informasi yang cukup untuk merungkaikan tentang kebenaran atau kekaziban perkara tersebut , mungkin setelah mendapat informasi mencukupi tentang perkara tersebut nanti sama-samalah kita akan mebahaskannya di lain masa dan di lain waktu,insyallah. Segala yang berlaku kepada MJ hanya Allah yang Maha Mengetahui, kita hamba yang kerdil ini hanya mampu berfikir sekadar yang termampu kita.

pertama sekali apa yang nak saya nyatakan di sini ialah rasa sedih.pilu . Itulah yang saya rasakan ketika melihat tayangan pengebumian the King of Pop, Michael Jackson yang begitu gegak gempita di stesen-stesen televisyen di seluruh dunia seminggu lalu yang menayangkan siaran eksklusif secara langsung dari AS acara penghormatan terakhir bagi si Raja Pop sampai pagi ! Dan entah berapa juta mata dunia yang rela menahan ngantuk mata demi menyaksikan acara itu dianggap penting itu ,begitu juga surat-surat khabar tempatan negara kita tak habis-habis menyiarkan berita sesasi tentang MJ sehingga hari ini pun masih ada lagi ( kecuali Harakah ), shinggakan budak-budak baru tumbuh gigi pun tahu kisah MJ , begitulah hebatnya seorang Superstar, Saya sedih, bukan karana kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tapi saya sedih, karana pada saat yang sama, berlangsung pengebumian seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang sedang mengandung tiga bulan, pemergiannya ke rahmatullah akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman yang bernama Alex yang berketurunan Rusia yang anti-Islam (islamophobia) . Tapi berita ini, sama sekali kita sehebat berita kematian Raja Pop itu, termasuk juga di Negara kita yang dikatakan sebagai “Negara islam Contoh “ ini, bahkan mungkin, tak banyak di antara kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa. Termasuk yang mengaku menjadi pendokong perjuangan islam sendiri.

Ribuan orang di Mesir yang mengiringi jenazah Marwa ke tempat penyimpanan jenazahnya , memang tidak seramai orang yang menangisi pemergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan sehebat superstar seperti MJ. Tapi pemergian Marwa adalah lambang jihad seorang muslim. Marwa mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya walaupun terpaksa menggadaikan nyawanya.Marwa ditikam di dalam mahkamah di Kota Dresden, Jerman ketika memberi keterangan kes samannya terhadap seorang pemuda Jerman yang menuduhnya sebagai seorang pengganas kerana dirinya memakai jilbab. Pada suatu ketika dahulu Pemuda Dajjal tersebut pernah menyerangnya ketika allahyarhamah bersiar2 di taman permainan bersama anaknya , kisah bermula apabila Allahyarhamah menegur si Dajjal Jerman tersebut mengajak anaknya bermain dengan anak si Dajjal tersebut, sapaan Marwa dibalas dengan terkaman dan serangan ke atas dirinya dan cuba menaggalkan jilbabnya. selepas itu si Dajjal tersebut mendakwanya di mahkamah atas tuduhan dirinya sebagai “pengganas”, setelah gagal membuktikan dakwaannya di mahkamah tersebut si Dajjal Jerman itu disabitkan kesalahan diatas kesalahan membuli wanita dan dikenakan denda, berang dengan keadaan tersebut Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwaberkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah ditembak oleh pengawal keselamatan mahkamah tersebut yang juga anti- islam dengan alasan untuk menenteramkan keadaan ,menyebabkan si suami malang tersebut kini dalam keadaan parah di Hospital Dresden.

Peristiwa ini tidak dihebahkan di media-media massa Jerman dan mungkin media-media massa asing dunia karana yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam ( islamophobia) . Tak ada berita pemghormatan syahidah Marwa Al-Sharbini yang berhak mendapat gelaran “Pahlawan Muslimah ”. tiada tayangan eklusif seperti pengebumian MJ yang dihadiri berjuta manusia ,Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya. Tak ada tangis kaum muslimin dunia untuknya keadaan ini mungkin akan berbezaa jika yang menjadi korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar di seluruh dunia .. keadaan ini menggambarkan betapa murahnya nilai darah seorang muslim di mata musuh-musuh islam di barat laknatullahi alaihim, Tapi tak mengapa Marwa … kerana engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya. Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, kami tidak sehebatmu dlam mempertahankan akidah …semoga dirimu berbahagia di sana..Amin

FADHILAT BULAN REJAB



Bulan Rejab kembali lagi yang akan menemui kita umat Islam pada hari Rabu bersamaan 24 JUN 2009 (1 Rejab 1426 H). Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

FADHILAT BULAN REJAB

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

EPuasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
EPuasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
EPuasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
EPuasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
EPuasa 5 hari - aman dari azab kubur.
EPuasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
EPuasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
EPuasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
EPuasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
EPuasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
EPuasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
EPuasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
EPuasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
EPuasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
EPuasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
EPuasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

ESesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

EBerpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
E Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
E Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
E Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Kelebihan lain bulan Rejab:

1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.
DOA BULAN REJAB:

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.

Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:

Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Isnin, 6 April 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA RAKAN-RAKAN ALUMNI YANG BARU SAHAJA MENDIRIKAN RUMAHTANGGA.. SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAJAT.





SELAMAT MENDUDUKI FINAL EXAM ... SEMOGA BERJAYA



Selamat menduduki peperiksaan akhir, semoga rakan-rakan sekalian berjaya..

SELOKA WANITA




Berwaspada & Berubahlah...
Pakai tudung tapi bertelanjang
tulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.

CINTA SEJATI SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam.
Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,
"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,

"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,
"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,
"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku."
Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,

"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

Selasa, 24 Februari 2009

ANTARA SABAR DAN MENGELUH

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

TAHNIAH BUAT ADIK-ADIK LEPASAN SPM, STAM , STPM

asalamualaikum sekalung tahniah buat adik2 yang berjaya dalam exam SPM, STAM n STPM tahun lpas , semoga diri anda menjadi qudwah kepada adik2 yang lain.. kami di sini sentiasa menunggu kehadiran kalian...

PELAJAR YIK TERBAIK SPM MALAYSIA ???


KOTA BHARU, 12 Mac - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan. Iklan
Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.

lagumane ngan adik2 kita kat Rahmaniah????? harap2 sumenye mumtazin wal mumtazaat blako....

22 TANDA KIAMAT SEMAKIN HAMPIR


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan
melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai
agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar
untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap
halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap
jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap
beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati
mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka
tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi
keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan
perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-
jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir
dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi
kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan
baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi
orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina,
minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan
sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak
berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam
sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar
sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang
lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara
mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan
dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan,
peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak
mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman
adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong,
yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta
sedekah.

13 TIPS ERAT PERSAHABATAN



1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah & mula berfikir tentang hati & perasaan orang lain.

2. BERTERUS TERANG
Jgn sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tdk menyenangi sikap teman2 di sekelilingmu. Cuba berbincang & berterus terang agar masalah yg membelengu dirimu aka selesai & jgn meninggikan suara ketika berbincang.

3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas & jgn terlalu berkira dgn org lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.
4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah org disekelilingmu & sudah tentu org lain juga akan menghormatimu.

5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yg dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh2 sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.

6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami & tdk berprasangka buruk adalah resepi utama dlm membina sebuah persahabatan yg berjaya.

7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yg pemaaf sekiranya teman baikmua menyinggung perasaanmu. & ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yg mulia. Malah dia dpt memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.

8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting utk membina sebuah perhubungan yg murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu & orang lain. Namun usah mengharapkan hanya org lain yg perlu bertolak ansur dengan kamu & dlm masa yg sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tdk adil namanya!

9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata & jgn terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.

10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur & nasihat menasihati antara satu ama lain. Teguran hendaklah secara baik & bukannya dgn melulu & mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yg mulia?

11. AMBIL BERAT
Jgn pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada di sisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar & tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan & sedikit bebanyak masalah yg ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jgn nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yg perlu diselasaikan!

12. SALING BERHUBUNG
Jauh di mata, dekat di hati. W/pun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak & kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dgn bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.

13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yg berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih sling mengenali & memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah & bermaaf-maafan agar kekeruhan yg melanda akan jernih semula.

Jumaat, 20 Februari 2009

KUNJUNGI TAPAK PAMERAN KKAA DI FOYER FKP

24 februari 2009, Jawatankuasa kebajikan siswa/i ( JAKSA KKAA ) mengadakan satu pameran di foyer FKP,ia adalah bersempena dengan Kempen minggu integriti pelajar USIM, pameran ini berlansung selama dua hari,pameran ini adalah program yang pertama kalinya diadakan, ia bertujuan untuk memperkenalkan jaksa kolej kediaman yang paling baru di usim itu, di samping pameran banyak aktiviti yang menarik disajikan untuk para pengunjung, hari pertama pembukaan pameran tersebut sambutan amat menggalakkan. kepada mereka-mereka yang belum berkesempatan untuk mengunjungi tapak pameran tersebut hari ini ,diharap dapat segeralah ke sana sebelum gerai-gerai pameran tersebut ditutup pada pkul 5.30 petang esok ( 25 februari 2009) ....

TANDA -TANDA KEMATIAN

Apabila kita membicarakan soal kematian sedikit sahaja di antara kita yang gembira dengannya, namun kematian itu adalah suatu saat yang wajib di tempuhi oleh setiap manusia, tidak kira darjat ape pun mereka .

Mengikut pendapat ulama’. Sesungguhnya tanda-tanda kematian adalah benar dan Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja dapat membezakan kita terhadap kepekaan tanda-tanda ini. Tanda- tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita Umat Islam dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan terhadap Allah s.w.t.
Adapun tanda-tanda itu terbahagi kepada beberapa keadaan :
1. Tanda 100 hari sebelum kematian.

Ini adalah tanda pertama dai Allah kepada hamba-Nya dan hanya disedari oleh mereke-mereka yang dikehndaki-Nya.
Tanda ini lazimnya berlaku selepas waktu asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan merasi getaran atau seakan-akan menggigil .

2. Tanda 40 hari sebelum kematian .
Tanda ini juga berlaku sesudah waktu asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas ‘Arsy Allah s.w.t.
Maka Malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaanya ke atas kita antaranya ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya Cuma seorang ( Izrail Alaihissalam ) tapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
3. Tanda 7 hari sebelum kematian.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit tidak makan, secara tiba-tiba berselera makan.
4. Tanda 3 hari sebelum kematian.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpusalah kita selepas itu supaya kita tidak mengandungi banyk najis dan ini memudahkan urusan memandikan kita nanti.
5. Tanda 1 hari sebelum mati.
Tanda ini juga berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan tidak sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.
6. Tanda akhir sebelum kematian.
Akan berlaku dimana kita akan akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus menguapkan dua kalimah syahadah dan bersedia untuk menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah s.w.t yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan kita pula.
Renungan ;
Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah s.w.t semoga kita adalah di antara orang-orang yang dipilih oleh-Nya yang akan diberikan kesedran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini, semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah s.w.t. mahupun dari manusia sendiri.
Walaubagaimanapun Allah s.w.t itu yang maha berkuasa lagi pemurah dan maha mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah semata-mata.
“ Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w bersabda ; Janganlah kamu bercita-cita supaya cepat mati dan janganlah kamu bedoa supaya mati sebelum kematian itu sendiri datang kepadamu. Sesungguhnya apabila kamu mati, maka terputuslah amalan kamu. Sebaliknya apabila dipanjangkan umur seorang mukmin, bererti bartambahlah kebaikannya”.

Jumaat, 13 Februari 2009

NASIHAT IMAM ABU HANIFAH

Pada suatu hari, imam Abu Hanifah berjalan-jaln melaui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, beliau terdengar suara orang mengeluh dan menangis tersedu-sedan.
Keluhannya mengandungi kata-kata: “ Aduhai , alngkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak pagi lagi belum dtang sesuap pun makanan datang ke kerongkongku hingga seluruh badanku menjadi lemah longlai, Oh, manakah hati yang belas ihsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik.”
Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan, lalu pulang ke rumahnya dan mengambil bungkusan untuk diberikan kepada orang itu. Sebaik tiba di ruamh orang itu beliau melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang itu, lalu meneruskan perjalannya.
Si malang itu pula terkejut apabila mendapati bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya. Lantas dia tergesa-gesa membukanya. Selepas dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas:
“ hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau mengeluh diperuntungkan nasibmu, ingatlah kemurahan Allah dan cubalah memohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan berputus asa, hai kawan, tapi berusahalah terus.”
Keesokannya Abu hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluahan itu kedengaran lagi:
“ Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin , sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini, Sungguh jika tuhan tidak beri, akan sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku”.
Mendengar keluhan itu, maka Abu Hanifah pun melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalannya. Orang itu terlalu riang sebaik mendapat bungkusan itu . lantas terus membukanya. Seperti dulu juga, didalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya , tulisan dalam cebisan kertas kali ini agak panjang:
“ hai kawan, bukan begitu cara bermohon, maka demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian ‘malas’ namanya. Putus asa pada kebenaran dan kekuasaan Allah . sungguh tidak redha tuhan melihat orang mlas berputus asa, enggan berkerja untuk keselamatan dirinya. Jangan…. Jang berbuat demikian”.
“ Hendak senang mesti suka berkerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin dating sendiri tanpa dicari atau diusahakan , orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam , tetapi harus berusaha dan berkerja. Allah tidak akan memperkenankan permohonan orang yang malas berkerja”.
“Allah tidak akan makbulkan doa orang yang berputus asa, sebab itu , carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah, insyaAllah, akan dapat juga perkerjaan itu, selama kamu tidak berputus asa. Nah ….. carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas Berjaya”.
Sebaik selesai membaca surat itu, dia termenung, dia sedar dan insaf akan kemalasannya yang selama ini tidak suka berikhtiar dan barusaha. Pada keesokannya dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan hidup ( sunnatullah) dan tidak melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.
Dari kisah di atas , jelaslah bahawa umatnya berusaha unutk membaiki diri mereka, Istilah malas tidak sepatutnya wujud dalam kamus hidup seornag muslim. Sebaliknya mereka hendaklah berusaha bagi mencapai kejayaan dan kesenangan hidup. Kehidupan kita di dunia adalah dipinjamkan Allah S.W.T. kepada kita untuk kita memanfaatkan masa depan kita di akhirat kelak, kerana dunia ini adalah fana semata-mata dan merupakan jalan untuk kita mencapai kejayaan di hari pembalasan.
Sabda Nabi Muhammad SAW : Allah berfirman: aku sediakn untuk hambaKu yang soleh,sesuatu yang belum pernah dilihat dengan mata atau didengari oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati manusia. Bukti kebenaran perkara itu terkandung di dalam Al-quran ayat: Yang bermaksud; Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu pelbagai nikmat yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap terhadap apa yang mereka lakukan. ( Riwayat Abu Hurairah)

Rabu, 4 Februari 2009

VALENTINE’S DAY : BUKAN BUDAYA KITA……..

Saban tahun, Setiap kali tibanya 14 Februari, Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day sudah menjadi budaya biasa dikalangan masyarakat kita khususnya generasi muda kini. Ia dikenali sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang dicintai dan dikasihi.
Apa yang membimbangkan, pesta perayaan Hari Kekasih ini seperti suatu hari kebesaran yang dirayakan penuh meriah sehinggakan ada sebahagian yang banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan dengan berdua-duaan,bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.
Sejarah permulaan Valentine’s Day
Kebanyakan masyarakat khususnya generasi muda hari ini, hanya mengikut apa sahaja yang datang dari barat tanpa mahu mempersoalkan sama ada Valaentine’s Day wajar disambut atau tidak. Sebenarnya, Valentine’s Daymempunyai hubungan rapat dengan sejarah, tradisi, dan ajaran kristian. Terdapat tiga pendapat mengenai usul- usul Valentine’s Day:
1. Valentine;s days bermula semasa pemerintahan empayar rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi rom. Dan dari berikutnya iaitu 15 februari bermulanya pesta luperlacia iaitu perayaan tradisi bagi maysrakat Rom dimana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atsa kertas dan di masukkan kedalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu , dan nama yang dipilih akan menjadi pasangannya sepanjang pesta berlansung.
2. Pendapat kedua menyatakan pada 14 februari 270 masihi. St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II ( 268-270M). pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua semua pertunangan dan perkahwinan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu. St. Velentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang kristian dengan paasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 februari pada 270 masihi. Bagi memperinagatinya sebagai symbol ketabahan , keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.
3. Penapat ketiga mengatakan Valentine Day’s diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengarug pada zaman pemerintahan Ratu Isabela dari sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol Berjaya menumpaskan keraaj Islam, tmbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pasangannya itu telah menimulkan rasa murka Ratu Isabela, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk Valentine sendiri.

HUKUM MERAIKAN VALENTINE’s DAY
Budaya dan amalan meraikan Valentine’s day adalah dilarang sama sekali oleh agama islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsure-unsur ritual dan kepercayaan agama kristian.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali 1/2006 pada Februari 2006 telah memutuskan bahawa :
“ amalan merayakan Valentine’s day tidak pernah dianjurkan oleh islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur- unsure Kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh islam”
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Umat islam tidak boleh mencampura- adukkan akidah dan keperibadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:
“ katakanlah ( wahai Muhammad): hai orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak mahu menyembah(Allah) apa yang aku sembah, dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, bagi aku agamaku” al-kafirun ayat 1-6
Hukum islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru dan menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW bermaksud: “ sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami ditolak”. ( Riwayat al- Bukhari dan Muslim)
Perlu difahami, dalam islam , usaha untuk memupuk kasih saying tidak semestinya hanya dilakukan pada hari tersebut sahaja kerana cinta merupakan satu proses yang berpanjangan dan berterusan sehingga seseorang itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Justeru setiap muslim mestilah mengetahuoi betapa bahayanya pelbagai dakyah yang dimainkan oleh golongan kuffar dan menyesatkan akidah umat islam di Negara kita…

HUKUMAN PEREMPUAN YANG TIDAK MNEUTUP AURAT.

Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda : Bahawasanya, perempuan yang sengaja mendedahkan auratnya di khalayak ramai tanpa segan silu; tak kira samada dia anak dara, janda atau isteri orang; tua ataupun muda; dia akan dilaknati oleh Allah S.W.T, malaikat2 dan segala makhluk di muka bumi ini sehinggalah perempuan itu diturunkan bala oleh Allah S.W.T. Jika perempuan itu anak dara atau janda maka bapanya akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung dosanya. Manakala bagi perempuan yang sudah berkahwin, maka suaminyalah yang akan dipertanggungjawabkan. Surah Al - Nisa ayat 29.

Daripada terjemahan hadis di atas dapatlah dirumuskan bahawa perempuan Islam yang sengaja mendedahkan aurat untuk tatapan umum selain dari suaminya atau muhrimnya, akan diazab dengan siksa yang amat dahsyat bermula dari azab kubur hingga ke azab siksaan api neraka yang amat menyiksakan.

Seperti yang diriwayatkan di dalam Al-Quran, ketika Rasulullah mengembara di Israj Mikraj, baginda ada menyaksikan bagaimana perempuan2 yang mendedahkan aurat itu disiksa dengan penuh azab ketika di dalam kubur di mana buah dada perempuan2 itu dipatuk berulang kali oleh seekor ular yang amat besar dengan matanya yang merah menyala dan menakutkan. Manakala faraj perempuan2 ingkar itu dimasuki oleh kala jengking, lipan dan segala jenis binatang berbisa yang mana ke semuanya akan merobek2 faraj perempuan2 itu sehingga hancur. Dan ketika Rasulullah melalui kawasan neraka Hawarah, baginda mendapati kesemua perempuan2 yang mendedahkan aurat itu akan digantung buah dada mereka dengan penyangkut besi berapi dengan rambut2 mereka dipakukan di tebing api neraka yang amat panas itu. Tubuh badan mereka akan disalai di dalam api neraka sehingga hangus dan hancur manakala dari faraj mereka keluar lendir berupa nanah yang amat busuk sekali sehingga semua penghuni neraka meminta perempuan2 ini dikeluarkan dari kawasan itu kerana tak tahan dengan bau busuk dari lendir nanah tersebut. Penyiksaan yang penuh sengsara itu sentiasa berulang di mana tubuh badan yang sudah hancur berkecai itu akan terbentuk semula seperti sedia kala dan akhirnya berkecai lagi setelah diazab sedemikian rupa. Rasulullah sampai pengsan apabila melihat penyiksaan yang amat dahsyat dan mengerikan itu.

Jadi bila kita ada isteri, ibu, adik, kakak dan kawan2 perempuan, segeralah menasihati dan mengingatkan mereka agar mereka terhindar dari siksaan yang amat pedih itu. Nauzubillah.

Selasa, 13 Januari 2009

DEMONSTRASI AMAN BANTAH KEKEJAMAN ISRAEL





13 Januari 2009. Kekejaman regim zionis telah melampaui batas-batas kemanusiaan,bagi menyatakan simpati dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kaum seagama yang tertindas di Palestin,demonstrasi membantah kekejaman zionis didakan stadium tertutup kampus uatama USIM,demonstrasi ini adalah julung-julung kalinya diadakan di USIM semenjak penubuhannya,ia mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak pentadbiran USIM, ia disertai oleh seluruh warga USIM, bermula pada pukul 9.00am waktu tempatan, para peserta mula membanjiri perkarangan Canselori, seterusnya mereka berarak menuju ke Stadium Tertutup iaitu tempat perhimpunan sebenar yang dijadualkan, suara laungan "takbir" ,"kahaibar ya yahud" dan sebagainya menghangatkan suasana, berbgai poster-poster dan sepanduk kecaman juga menghiasi perkarangan stadium. majlis ini dimulakan dengan ucapan penuh bersemangat wakil pelajar iaitu saudara M.Farid Din , seterusnya, En. Nidzamuddin Zakaria, wakil kakitangan akademik dan En. Mohd Salehudin Sukor mewakili kakitangan pentadbiran yang turut membacakan sajak tentang keganasan di Palestin.
Acara diteruskan dengan kata-kata semangat dari Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin. Beliau menyeru kepada semua warga USIM secara sukarela untuk memotong satu hari gaji untuk di dermakan kepada rakyat Palestin dan mengumpamakan walaupun menderma sebanyak sepuluh sen ianya sangat bernilai seolah-olah menghantar satu panadol kepada rakyat Palestin. Beliau juga berharap agar semua warga USIM berhati-hati dalam menghulurkan bantuan kerana dalam keadaan masa kini ada pihak yang cuba menangguk di air keruh iaitu menggunakan nama Palestin untuk kepentingan sendiri. program ini diakhiri dengan bacaan doa penutup oleh Ust Anuar Hasin, pensyarah FPQS.kutipan derma kilat juga dilancarkan, dianggarkan seramai 5000 orang menyertai demonstrasi tersebut.
pada pukul 11.15 pagi para peserta mula bersurai dengan aman.

Sabtu, 10 Januari 2009

PILIHANRAYA KAMPUS USIM


13 hb januari PILIHARAYA KAMPUS di USIM dilangsungkan, kali ini ramai muka-muka baru menjadi calon, Namun seperti tahun-tahun sebelumnya USIM yang diketegorikan sebagai kawasan yang "sejuk" di arena PRK ,memang sejuk. tiada rapat umum parti-parti yang bertanding memperkenalkan calon masing2,tiada sepanduk-sepanduk, tiada sorakan para penyokong fanatik seperti di UKM,UM,UIA dan seumpamanya yang lebih 'dewasa' dari USIM yang setahun jagung ini, yang ada hanyalah poster-poster calon yang bertanding sahaja menghiasi sekeliling kampus,calon-calon yang bertanding tidak mewakili mana-mana parti atau pertubuhan mereka hanya mewakili diri sendiri untuk bertanding, semuanya berjalan secara penuh harmoni, para pengundi hanya sekadar memenuhi tanggungjwab sahaja,pemilihan berdasarkan individu bukan mane-mane parti atau pertubuhan pelajar seperti di Universiti lain yang kini sedang hangat dilanda demam PRKnya. Di kampus utama Nilai,dua fakluti menang tanpa bertanding, iaitu Fakulti Bahasa Utama(FPBU) dan Fakulti Pengajian Quran Sunnah, namun begitu pertandingan di peringkat Umum agak sengit, 10 orang calon mencuba nasib,rata-ratanya muka baru. Bekas pelajar Maahad Rahmaniah M. Salmi juga mencuba nasib menjadi calon dalam PRK USIM kali ini, beliau bertanding peringkat fakulti, di Fakluti Kepimpinan Pengurusan (FKP), namun nasib tidak memihak kepadanya,baliau kalah tipis majoriti 20 undian, walau bagaimana pun kami selaku bekas pelajar maahad rahmniah kami tetap bangga dengan anda.
Kepada calon-calon yang berjaya tahniah diucapkan semoga anda menunaikan tanggungjawab anda sebagai MPP dalam menjaga kebajikan mahasiswa/wi, kepada yang tidak berjaya teruskan perjuangan anda.

KEADAAN SEBENAR PALESTIN

DOA HARI INI



DOA MOHON KEDUDUKAN YANG BAIK
رَبِّ أَدْخِلْنِى مَدْخَلَ صِدْقٍ وَاخْرُجْنِى مخَََْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِى مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرً Ya tuhanku, masukkanlah aku secara yang benar dan keluarkanlah aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku kekuasaan yang menolong( Al-Isra’: