Allah S.W.T. berfirman maksudnya:
“ … Dan berbuat baiklah , kerana Allah mennyukai ( menyintai ) orang yang berbuat baik ‘…
- ( Surah Al-Baqarah, ayat 195 )
Daripada ayat diatas , jelas bahwa Allah kasih kepada hamba-hamba nya melalkukan kebaikan . orang yang baik , maknanya akhlak dan tingkhalakunya baik . dia melakukan yang baik-baik saja, ini kerana dia sedar hidup ini adalah kesempatan unutk melakukan kebaikan.
Dengan kebaikan itu maka turunlah rahmat Allah. Sebaliknya allah membenci orang berprilaku jahat dan akhlahnya buruk . kederhakaan manusia menyebabkan kemurkaan dan turunnya bala daripada allah. Alangkah bahagianya kita jikam mendapat kasih saying daripada Allah.
Dalam hadis Qudsi .Allah SWT berfrman bermaksud; “ aku cintakan tiga jenis manusia , kau jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu :
“Aku cintakan orang yang bersifat pemurah , tetapi aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah.
“ Aku cintakan orang yang rendah hati/diri . tetapi aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.
“ aku cintakan manusia yang bertaubat , tetapi aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat .
Huraian ringkas hadis qudsi diatas adalah seperti berikut; “ pemurah adalah salah satu sifat terpuji. Bukankah Nabi Muhammad orang yang paling pemurah , maka baginda mengajar kita agar menjadi pemurah , pemurah bererti suka member, tidak kedekut, tidak bakhil”.
Allah menyintai sesiapa sahaja yang bersifat pemurah , tetapi aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah . Orang kaya pemurah Allah cinta , tetapi orang miskin yang pemurah Allah lebih cinta lagi . Sebabnya , kalau orang kaya atau mempunyai harta yang banyak bersedekah dan pemurah , itu hal yang biasa dan sepatutnya mereka lakukan.
Orang kaya mudah memperoleh wang sebanyak itu. Tetapi orang miskin terpaksa membanting tulang , berhempas pulas untuk medapatkannya, namun dia masih berjiwa pemurah, sudut inilah mugkin dinilai oleh allah,
Sifat pemurah ini barangkali juga boleh diluaskan dari segi pemberian tenaga, keilmuan, pemikiran, nasihat berguna dan sebagainya. Allah menyintai sesiapa sahaja yang rendah diri, tidak meninggi diri dan tidak sombong.
Ini kerana orang miskin rendah hati itu wajar disebabkan mereka sedar dirinya yang susah, tetapi orang kaya , biasanya kalau sudah banayk harta , mudah berlagak sombong dan berasa diri lebih daripada orang lain. Bagaimanapun jika ada orang kaya, tetapi semakin rendah diri dan baik hati serta baik budi pekertinya serta suka membantu orang susah, ini dikira luarbiasa.
Maha bijaksana Allah mendidik orang kaya secara halus agar menjadi randah hati sehingga mendapat kecintaan Allah. Sesungguhnya Allah menyukai sesiapa sahaja yang bertaubat. Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah.
Sesungguhnya allah membuka peluang seluas-luasnya kepada hamba-Nya untuk bertaubat siang dan malam iaitu sebelum matahari terbit dari sebelah barat( Kiamat) atau sebelum nyawanya sampai pada kerongkong, dimana di waktu itu pintu taubat sudah tertutup.
Orang bertaubat adalah orang yang sedar terhadap kesalahannya, lalu mengadu pada allah dengan memohon keampunan . manusia tidak sunyi dari salah dan silap, maka perlu selalu bertaubat, Allah yang sifatnya Maha Pemurah dan Maha Pengampun sentiasa menunggu permohonan taubat dari hamba-Nya.
Namun ada antara kita yang tidak insaf dan sedar, di mana apabila usia tua batu dating kesedaran untuk bertaubat, sedangkan usia mudanya dihabiskan unutk perkara dosa dan melalaikan. Itupun masih bernasib baik kerana allah masih memberinya kesempatan untuk bertaubat sebelum didatangi maut.
Sebab itu Allah lebih menyintai orang muda yang bertaubat kerana sejak usia muda lagi sudah berusaha membersihkan diri dan mempunyai kesedaran untuk menjadi orang salih serta dekat dengan Allah.
Maka bijaksananya Allah mendidik hamba-Nya yang berusia muda agar gemar bartaubat, tidak menunggu usia tua . ini kerana usia muda tidak menjamin seseorang untuk hidup lebih lama, bila-bila masa sahaja Allah boleh ambil rohnya,kerana mati itu tidak kenal usia .
Orang muda mudah terdorong mengikut hawa nafsu yang merosak dan perkara maksiat, malah jarang orang muda yang memiliki ketekunan beribadah dan banyak beramal soleh, inilah sebabnya Allah menyintai orang muda yang bertaubat, maka sudah sepa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kenali USIM
akhbar hari ini
PENTAS PERJUANGAN MAHASISWA
PAUTAN WEBSITE
DOA HARI INI
DOA MOHON KEDUDUKAN YANG BAIK
رَبِّ أَدْخِلْنِى مَدْخَلَ صِدْقٍ وَاخْرُجْنِى مخَََْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِى مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرً Ya tuhanku, masukkanlah aku secara yang benar dan keluarkanlah aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku kekuasaan yang menolong( Al-Isra’:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan