Sabtu, 20 Disember 2008

MAKLUMAN

Assalammualaikum & Salam Sejahtera;

Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada exrahmaniahusim.blogspot.com terutama sahabat-sahabat yang menghantar info, terlibat dalam diskusi forum dan perbincangan. Laman ini dalam proses penambahbaikan dan penukaran format CMS. InsyaAllah sedang dikemaskini untuk manfaat semua.
untuk makluman kepada rakan2 baru2 ini ada individu-individu yang tidak bertanggungjawab menghantar SMS palsu tuduhan tentang Persatuan Melayu Kristian dan makluman murtad individu tertentu, justeru sms tersebut meminta orang ramai mengunjungi web myislamnetwok.net untuk membuat petisyen secara online. Ingin dimaklumkan kepda rakan-rakan bahawa:

(a) SMS itu adalah palsu tidak diedarkan oleh mana-mana NGO-NGO Islam gabungan PEMBELA dan sidang redaksi MyIslamNetwork.

(b) SMS yang sama telah diedarkan sebelum ini di mana penafian yang sama telah dibuat sewaktu sebelum keputusan kes Azlina Jailani.

(c) Petisyen Rakyat yang diselenggara oleh MyIslamNetwork.net telah pun menepati jumlahnya dan telah dihantar ke Majlis Raja-Raja tahun lepas beserta memorandum. (Sila rujuk koleksi arkib dari web). Tandatangan tersebut telah disusun kepada 81 julid buku dengan penandatangan hampir 800,000 orang.

MyIslamNetwork.net berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan dakyah sedemikian rupa dari mereka yang tidak bertanggungjawab.oleh itu jika ada diantara kita yang mnerima sms tersebut , sila abaikan.

Tiada ulasan:

DOA HARI INI



DOA MOHON KEDUDUKAN YANG BAIK
رَبِّ أَدْخِلْنِى مَدْخَلَ صِدْقٍ وَاخْرُجْنِى مخَََْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِى مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرً Ya tuhanku, masukkanlah aku secara yang benar dan keluarkanlah aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku kekuasaan yang menolong( Al-Isra’: